Monday, January 25, 2010

Web 2.0

Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya.

Perbezaan
Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0.

Pencipta
Sebenarnya nama web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja.

Ciri – ciri
Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup, ia tidak menghadkan peringkat setiap lingkungan bahagian-bahagian tertentu sahaja. Sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain.Namun untuk melayarinya, ia memerlukan pengesahan berkaitan dengan identiti.
Aplikasi web
Web 2.0 ini dapat digunakan secara terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang sebarang perisian. . Antaranya ialah Podcast, Blog, Wiki serta rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Contoh perisian Friendster

Misalnya Friendster, ia merupakan suatu komuniti maya yang membolehkan pengguna mencari rakan baru, berkomunikasi dengan rakan sedia ada, berkongsi sebarang maklumat, menganjurkan aktiviti dan berhubung semula dengan rakan lama. Dahulunya, Friendster merupakan sebuah laman web yang kecil. Tetapi kini ia telah bertukar menjadi sebuah laman web yang amat digemari oleh sesiapa sahaja khasnya golongan muda.

Ciri -ciri Web 2.0 adalah :
1. Web sebagai platform atau landasan
Aplikasi Web 2.0 menggunakan Web (atau Internet) sebagai platformnya. Platform di sini adalah tempat suatu aplikasi. Contoh platform yang terkenal adalah Windows, di mana terdapat aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Menggunakan Internet sebagai platform bermaksud aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan secara langsung di atas Internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu. Contohnya adalah Google yang boleh diakses dari mana – mana sistem. Contoh lainnya adalah Flickr yang juga boleh diakses dari sistem operasi mana pun. Kelebihannya jelas, aplikasi-aplikasi Web 2.0 ini tidak lagi dibatasi sistem operasi seperti terdapat pada Windows.
2. Harnessing Collective Intelligence
Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang unik, iaitu memanfaatkan kepandaian dari ramai orang secara kolektif. Sebagai hasilnya muncul satu asas pengetahuan yang sangat besar hasil gabungan dari pengetahuan orang ramai. Contoh yang jelas adalah Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia online yang memperbolehkan semua orang untuk membuat dan mengedit artikel. Akibatnya kita dapat menemukan “permata-permata” di Web gabungan hasil browse daripada ribuan orang. Blog juga merupakan contoh kepandaian kolektif karena setiap orang dapat menulis blognya masing – masing sambil membuat link antara satu sama lain untuk membentuk jaringan pengetahuan.
3. Data is the Next Intel Inside
Kekuatan aplikasi Web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi Internet yang berhasil selalu didukung oleh data awal yang kuat dan unik. Contohnya adalah Google, yang kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan data halaman-halaman Web di Internet. Contoh lain adalah Amazon yang memiliki data buku yang bukan hanya lengkap, tapi juga sangat kaya dengan hal-hal seperti review, rating pengguna, link ke buku-buku lain, dan sebagainya
4. End of the Software Release Cycle
Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang berbeza dengan aplikasi pada platform “lama” seperti Windows. Di lain pihak, aplikasi Web 2.0 selalu di-update terus-menerus kerana sifatnya yang bukan lagi produk melainkan layanan. Google misalnya, selalu di-update data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu tertentu.

1 comment: