Wednesday, February 10, 2010

Ringkasan di antara Web 1.0 dan Web 2.0

Gambaran Web 2.0

Sambungan assignment...Web 2.0

Perbezaan Web 2.0 berbanding Web 1.0

Perbezaan antara Web 2.0 dan Web 1.0 adalah keterbatasan pada Web 1.0 yang mengharuskan pengguna internet untuk mengunjungi ke dalam laman web tersebut dan melihat satu persatu kandungan di dalamnya. Manakala Web 2.0 memungkinkan pengguna internet dapat melihat kandungan suatu laman web tanpa harus berkunjung ke alamat utama aplikasi yang bersangkutan.

Istilah Web 2.0 pertama kali diasaskan oleh Tim O’Reilly dan dikembangkan sekitar tahun 2004. Web 2.0 mampu menyediakan suatu layanan web yang berpusat kepada pengguna di mana pengguna dipermudahkan untuk menggunakan berbagai layanan aplikasi yang sedia ada. Sebagai contoh, dalam hal ‘user interface suatu tapak laman web’ yang menggunakan teknologi flex (aplikasi rich internet berbasis flash dari macromedia yang sekarang adobe flash), lazlo (platform aplikasi flash open source) atau menggunakan AJAX secara intensif seperti Gmail atau Google Map, maka tapak laman web tersebut boleh dikategorikan sebagai tapak bagi Web 2.0. Manakala dengan Web 1.0 pula yang merupakan langkah awal dunia internet. Melalui teknologi ini, internet dapat digambarkan sebagai sebuah sumber maklumat yang menyediakan berbagai informasi daripada penjuru dunia. Di sini pengguna hanya diberikan hak untuk mencari dan membaca, tetapi untuk membuat perubahan konsep tetap dipegang oleh pemilik website sepenuhnya.

Sebenarnya Web 2.0 bukan merupakan teknologi baru, kerana kedua-dua masih dibangunkan dengan menggunakan HyperText Markup Language ( HTML ). Secara umum teknologi ini menekankan pada perubahan pandangan dalam penggunaan aplikasi Web, sebagai interaksi Sosial.. Seorang pembaca dapat memaparkan maklumat atau hasil penulisannya sendiri atau memberikan komen terhadap isi kandungan pengguna lain. Dengan teknologi ini kehidupan sosial di dunia maya benar-benar seperti Friendster dan lain-lain.

Kesimpulannya, walaupun definisi mengenai Web 2.0 masih belum diformulasikan sampai hari ini, ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Web 2.0 lebih menekankan pada jalinan sosial antara penggunanya seperti yang terdapat dalam dunia Blog masa kini. Apabila terdapat fungsi RSS di dalam Blog, informasi-informasi di dalam sebuah Blog dapat diambil untuk menjadi sebahagian blog lain misalnya gadjet – gadjet untuk melengkapkan bagi setiap penjuru blog.

Sumbangan Web 2.0 di dalam pembangunan blog

Web 2.0 merupakan jaringan yang merangkumi pelbagai kemudahan kepada pengguna malahan web 2.0 lebih menekankan pada jalinan sosial kepada penggunanya seperti yang terdapat dalam dalam dunia Blog. Pengguna yang melayari jalinan sosial tidak hanya sekadar dapat membaca halaman web tetapi juga boleh memberi komen- komen di dalam Blog. Di samping itu, semua informasi boleh dikongsi dengan pengguna yang melayari jaringan tersebut. Web 2.0 merupakan satu ruang yang seimbang iaitu pengguna menyatakan kehendak dan idea mereka untuk membangunkan blog seseorang.

Beberapa penggunaan internet telah mengenal kemampuan tersebut dalam AJAX (Asynchorous Javascript and XML), yang menggabungkan teknologi HTML, CSS, Javascript, dan XML dalam menciptakan aplikasi website yang dinamis. Contoh aplikasi tersebut dapat dilihat pada Google yang menyediakan program sejenis Microsoft Excel melalui http://spread sheets.google.com melalui aplikasi tersebut. Kita dapat membuka dan mengolah dokumen yang dimiliki. Dengan adanya penyimpanan, pengguna tidak perlu menyimpan dokumen secara manual.Semua data dapat disimpan dalam satu browser sahaja.

Kesimpulannya, istilah Web 2.0 ini hanya muncul sebagai satu jarigan namun bagi sebuah corak persembahan baru data dan bahan elektronik sememangnya berlaku dengan hebatnya di dunia maya. Pembaharuan dalam web 2.0 ini telah menjadikan satu perhubungan di antara pengguna lain untuk berkongsi idea. Selain itu web 2.0 juga membolehkan pengguna menggunakan blog untuk meluahkan segala maklumat dan informasi – informasi yang terkini. Selain daripada itu, ia juga dapat menjadikan sesebuah penulisan atau karya, di samping dapat berkongsi idea dengan pengguna blog yang lain. Perkembangan Web 2.0 merupakan satu teknologi melalui dalam dunia web yang semakin berkembang dan canggih dari segi menghubungkan pengguna blog yang lain dan menyampaikan serta berkongsi sesuatu kenyataan yang terbaru dan menerima komen secara langsung oleh pengunjung blog.