Wednesday, February 10, 2010

Ringkasan di antara Web 1.0 dan Web 2.0

Gambaran Web 2.0

Sambungan assignment...Web 2.0

Perbezaan Web 2.0 berbanding Web 1.0

Perbezaan antara Web 2.0 dan Web 1.0 adalah keterbatasan pada Web 1.0 yang mengharuskan pengguna internet untuk mengunjungi ke dalam laman web tersebut dan melihat satu persatu kandungan di dalamnya. Manakala Web 2.0 memungkinkan pengguna internet dapat melihat kandungan suatu laman web tanpa harus berkunjung ke alamat utama aplikasi yang bersangkutan.

Istilah Web 2.0 pertama kali diasaskan oleh Tim O’Reilly dan dikembangkan sekitar tahun 2004. Web 2.0 mampu menyediakan suatu layanan web yang berpusat kepada pengguna di mana pengguna dipermudahkan untuk menggunakan berbagai layanan aplikasi yang sedia ada. Sebagai contoh, dalam hal ‘user interface suatu tapak laman web’ yang menggunakan teknologi flex (aplikasi rich internet berbasis flash dari macromedia yang sekarang adobe flash), lazlo (platform aplikasi flash open source) atau menggunakan AJAX secara intensif seperti Gmail atau Google Map, maka tapak laman web tersebut boleh dikategorikan sebagai tapak bagi Web 2.0. Manakala dengan Web 1.0 pula yang merupakan langkah awal dunia internet. Melalui teknologi ini, internet dapat digambarkan sebagai sebuah sumber maklumat yang menyediakan berbagai informasi daripada penjuru dunia. Di sini pengguna hanya diberikan hak untuk mencari dan membaca, tetapi untuk membuat perubahan konsep tetap dipegang oleh pemilik website sepenuhnya.

Sebenarnya Web 2.0 bukan merupakan teknologi baru, kerana kedua-dua masih dibangunkan dengan menggunakan HyperText Markup Language ( HTML ). Secara umum teknologi ini menekankan pada perubahan pandangan dalam penggunaan aplikasi Web, sebagai interaksi Sosial.. Seorang pembaca dapat memaparkan maklumat atau hasil penulisannya sendiri atau memberikan komen terhadap isi kandungan pengguna lain. Dengan teknologi ini kehidupan sosial di dunia maya benar-benar seperti Friendster dan lain-lain.

Kesimpulannya, walaupun definisi mengenai Web 2.0 masih belum diformulasikan sampai hari ini, ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Web 2.0 lebih menekankan pada jalinan sosial antara penggunanya seperti yang terdapat dalam dunia Blog masa kini. Apabila terdapat fungsi RSS di dalam Blog, informasi-informasi di dalam sebuah Blog dapat diambil untuk menjadi sebahagian blog lain misalnya gadjet – gadjet untuk melengkapkan bagi setiap penjuru blog.

Sumbangan Web 2.0 di dalam pembangunan blog

Web 2.0 merupakan jaringan yang merangkumi pelbagai kemudahan kepada pengguna malahan web 2.0 lebih menekankan pada jalinan sosial kepada penggunanya seperti yang terdapat dalam dalam dunia Blog. Pengguna yang melayari jalinan sosial tidak hanya sekadar dapat membaca halaman web tetapi juga boleh memberi komen- komen di dalam Blog. Di samping itu, semua informasi boleh dikongsi dengan pengguna yang melayari jaringan tersebut. Web 2.0 merupakan satu ruang yang seimbang iaitu pengguna menyatakan kehendak dan idea mereka untuk membangunkan blog seseorang.

Beberapa penggunaan internet telah mengenal kemampuan tersebut dalam AJAX (Asynchorous Javascript and XML), yang menggabungkan teknologi HTML, CSS, Javascript, dan XML dalam menciptakan aplikasi website yang dinamis. Contoh aplikasi tersebut dapat dilihat pada Google yang menyediakan program sejenis Microsoft Excel melalui http://spread sheets.google.com melalui aplikasi tersebut. Kita dapat membuka dan mengolah dokumen yang dimiliki. Dengan adanya penyimpanan, pengguna tidak perlu menyimpan dokumen secara manual.Semua data dapat disimpan dalam satu browser sahaja.

Kesimpulannya, istilah Web 2.0 ini hanya muncul sebagai satu jarigan namun bagi sebuah corak persembahan baru data dan bahan elektronik sememangnya berlaku dengan hebatnya di dunia maya. Pembaharuan dalam web 2.0 ini telah menjadikan satu perhubungan di antara pengguna lain untuk berkongsi idea. Selain itu web 2.0 juga membolehkan pengguna menggunakan blog untuk meluahkan segala maklumat dan informasi – informasi yang terkini. Selain daripada itu, ia juga dapat menjadikan sesebuah penulisan atau karya, di samping dapat berkongsi idea dengan pengguna blog yang lain. Perkembangan Web 2.0 merupakan satu teknologi melalui dalam dunia web yang semakin berkembang dan canggih dari segi menghubungkan pengguna blog yang lain dan menyampaikan serta berkongsi sesuatu kenyataan yang terbaru dan menerima komen secara langsung oleh pengunjung blog.

Monday, January 25, 2010

Web 2.0

Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya.

Perbezaan
Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0.

Pencipta
Sebenarnya nama web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja.

Ciri – ciri
Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup, ia tidak menghadkan peringkat setiap lingkungan bahagian-bahagian tertentu sahaja. Sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain.Namun untuk melayarinya, ia memerlukan pengesahan berkaitan dengan identiti.
Aplikasi web
Web 2.0 ini dapat digunakan secara terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang sebarang perisian. . Antaranya ialah Podcast, Blog, Wiki serta rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Contoh perisian Friendster

Misalnya Friendster, ia merupakan suatu komuniti maya yang membolehkan pengguna mencari rakan baru, berkomunikasi dengan rakan sedia ada, berkongsi sebarang maklumat, menganjurkan aktiviti dan berhubung semula dengan rakan lama. Dahulunya, Friendster merupakan sebuah laman web yang kecil. Tetapi kini ia telah bertukar menjadi sebuah laman web yang amat digemari oleh sesiapa sahaja khasnya golongan muda.

Ciri -ciri Web 2.0 adalah :
1. Web sebagai platform atau landasan
Aplikasi Web 2.0 menggunakan Web (atau Internet) sebagai platformnya. Platform di sini adalah tempat suatu aplikasi. Contoh platform yang terkenal adalah Windows, di mana terdapat aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Menggunakan Internet sebagai platform bermaksud aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan secara langsung di atas Internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu. Contohnya adalah Google yang boleh diakses dari mana – mana sistem. Contoh lainnya adalah Flickr yang juga boleh diakses dari sistem operasi mana pun. Kelebihannya jelas, aplikasi-aplikasi Web 2.0 ini tidak lagi dibatasi sistem operasi seperti terdapat pada Windows.
2. Harnessing Collective Intelligence
Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang unik, iaitu memanfaatkan kepandaian dari ramai orang secara kolektif. Sebagai hasilnya muncul satu asas pengetahuan yang sangat besar hasil gabungan dari pengetahuan orang ramai. Contoh yang jelas adalah Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia online yang memperbolehkan semua orang untuk membuat dan mengedit artikel. Akibatnya kita dapat menemukan “permata-permata” di Web gabungan hasil browse daripada ribuan orang. Blog juga merupakan contoh kepandaian kolektif karena setiap orang dapat menulis blognya masing – masing sambil membuat link antara satu sama lain untuk membentuk jaringan pengetahuan.
3. Data is the Next Intel Inside
Kekuatan aplikasi Web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi Internet yang berhasil selalu didukung oleh data awal yang kuat dan unik. Contohnya adalah Google, yang kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan data halaman-halaman Web di Internet. Contoh lain adalah Amazon yang memiliki data buku yang bukan hanya lengkap, tapi juga sangat kaya dengan hal-hal seperti review, rating pengguna, link ke buku-buku lain, dan sebagainya
4. End of the Software Release Cycle
Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang berbeza dengan aplikasi pada platform “lama” seperti Windows. Di lain pihak, aplikasi Web 2.0 selalu di-update terus-menerus kerana sifatnya yang bukan lagi produk melainkan layanan. Google misalnya, selalu di-update data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu tertentu.

Wednesday, January 20, 2010

assignments...ooooo..assignments....

Dunia fantasi...I Knew I Loved You ...


Maybe it's intuition
But some things you just don't question
Like in your eyes
I see my future in an instant
And there it goes
I think I've found my best friend
I know that it might sound more than a little crazy
But I believe
I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life
There's just no relm or reason
Only the sense of completion
And in your eyes
I see the missing pieces
I'm searching for
I think I've found my way home
I know that it might sound more than a little crazy
But I believe
I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life
A thousand angels dance around you
I am complete now that I've found you
I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life

Daily Horoscope


More Astrology widgets here



Gratisan Musik

Assalamualaikum


Permulaan aku mengisi lapangan dada blog ini dengan suasana yg diiringi cahaya lampu.....blog ini merupakan kali ke2 ( blog sebelum ni xblh verify e mail) ...peperangan untuk semester ini sudah bermula...dugaan demi dugaan mula diuji...aku sebagai hamba-Nya hanya mampu sujud dan menadah tangan memohon supaya hati ini tenang dan redha dengan ujian yang diberi...Biasa la..dunia menuntut ilmu ini xpernah mengenal erti mudah krn kita perlu belajar sesuatu yang sukar kepada perkara yg mudah..Oleh yg demikian..doa daripada ma dan abah amat penting untuk menguatkan lg semangat aku utk mengharungi dunia menuntut ilmu..aku hanya berpegang pada satu kata2 daripada kedua ibu bapa "kakak merupakan kak long...harapan abah dgn ma...tunjang kepada adik2 supaya dijadikan contoh yg baik"..InsyaAllah..

MTS 1022

Assalamualaikum...pembuka wadah untuk berbual bicara..suasana kelas yang hangat menbincangkan hal yg berkaitan blog..saya sebagai pelajar telah didedahkan dengan pengenalan blog, misalnya individu yang mempunyai blog digelar blogawan..saya juga bertuah kerana pensyarah, Pn. Harnani sanggup membantu dari segi membekalkan buku yang berkaitan dengan subjek yang dipelajari...iaitu buku blog dan laman web.

Pedoman Hidup


Setiap pelakuan yang ingin dilakukan oleh kita selaku umat Islam mestilah dimulai dengan kalimah Bismillahirahmannirahim..InsyaAllah..setiap pelakuan kita diberkati oleh Allah S.W.T..Allahuakhbar3x